Mantel meriam atau gun mantlet ialah sejenis plat
armor atau penghadang berperisai yang dipasang pada pangkal meriam
kenderaan tempur berperisai, melindungi bukaan laras senjata yang mengunjur dari badan atau
turet armor dan, dalam banyak kes, memastikan
peluru meriam yang berisi
kepala peledak tidak terkeluar melepasi perisai kenderaan. Pada kebanyakan kereta kebal semasa
Perang Dunia II, mantel meriam melindungi meriam utama dan mana-mana
senjata sepaksi, dan mempunyai armor paling tebal pada kenderaan itu. Namun, dalam kebanyakan reka bentuk kereta kebal pasca
Perang Dingin, mantel meriam menjadi salah satu bahagian paling lemah pada turet armor kenderaan dan dengan itu menjadi kelemahan. Ini kerana banyak reka bentuk mantlet dipasang terus pada meriam, ia secara drastik meningkatkan berat keseluruhan sistem meriam dan jumlah usaha diperlukan untuk menaikkan dan menurunkannya. Ini merupakan isu bagi
penstabil meriam kerana ia terbukti kurang efisien dan tepat dalam memastikan meriam stabil dengan penambahan berat mantlet. Oleh itu, seperti yang dilihat dalam kereta kebal seperti
M1 Abrams dan
Leopard 2, mantlet mempunyai perisai ringan daripada turet yang lain untuk mengurangkan berat dan ia menjadi lebih kecil untuk meminimumkan kawasan dimana projektil boleh terkena kerana jika ia berlaku, ia berkemungkinan besar mengakibatkan penembusan dan melumpuhkan meriam dan merosakkan ruang tempur. Pada kenderaan seperti
Chieftain, mantlet diketepikan sepenuhnya.